Tuesday 23 September 2014

Silat Langkah 3

Berilah kami peluang untuk berkongsi ilmu dengan tuan-tuan!!... 

Antara perkara yang akan diajar :
1. Perbezaan konsep silat seni, olahraga dan bela diri (gaduh). 
2. Rahsia mengalahkan musuh dalam masa 5 minit 
3. Rahsia mengalahkan musuh yang 3 kali ganda lebih besar/tinggi dari anda. 
4. Petua dan doa menunduk & melemahkan musuh dari khazanah Quraniyyah.

Siapa Patut Belajar Silat Ini?
1) lelaki & perempuan berusia 16-60.
2) Anda tahu ilmu bela diri penting tetapi anda tiada masa untuk belajar.
3) Anda yang tiada asas langsung dalam mana-mana bela diri.
4) Anda seorang yang sibuk bekerja.
5) Anda tidak minat dengan silat tetapi anda sedar ilmu bela diri penting di saat-saat tertentu.
6) Anda seorang student yang sibuk belajar dan tiada masa untuk belajar sihat.
7) Anda rasa lemah dan rendah diri.
8) Anda 'mangsa buli'.

Kenapa Anda Perlu Belajar Silat Ini?
1. Kaedah yang mudah tetapi berkesan.
2. Masa belajar pendek! Belajar sehari seperti belajar setahun!
3. Tiada unsur khurafat, silat seru, silat batin atau serapah jampi.
4. Gabungan teknik tradisi dan saintifik
5. Tidak perlu asas silat.
6. Ijazah doa-doa keselamatan yang dari Al-Quran & Hadis dan amalan para ulama. 

Jaminan kami... Insya Allah; dengan Izin Allah... Selepas belajar.. 
1) Anda akan menjadi 'orang baru' lebih yakin ketika berhadapan dengan situasi 'gaduh'.
2) Say no to 'buli'. 

Masa belajar - 6 jam
Mahar - RM 130.00

Sunday 7 September 2014

Kelebihan Seni Urutan Melayu

Berdasarkan pengalaman saya dan beberapa tukang urut dan bidan, seni urutan melayu dapat menyembuhkan banyak penyakit. Tahap kesembuhan ada hingga 100% pada sesetengah kes walaupun tak sembuh sepenuhnya tetapi sampai ketahap 70%.
Antara penyakit yang dapat dirawat adalah:-
1. Terseliuh.
2. Tersalah bantal.
3. Lenguh-lenguh atau demam urat.
4. Sesak nafas.
5. Senak perut / angin medu / sekit ulu hati.
6. Sakit perut (angin).
7. Tak nyenyak tidur.
8. Tekanan darah tinggi.
9. Penyakit jantung.
10. Kencing dedas/tak lawas.
11. Karang angin, seolah-olah karang batu.
12. Sembelit.
13. Senggugut.
14. Stroke.
15. Membetulkan urat saraf dan memulihkan kembali tenaga ibu lepas bersalin dan juga membanyakkan susu.
16. Lemah tenaga kelakian.




Thursday 28 August 2014

KURSUS URUT TRADISIONAL MELAYU (Muslimah)

Kursus Urut Muslimah

  • Terbuka kepada wanita/muslimah berusia 18 tahun ke atas.
  • Khas bagi mereka yang berminat untuk merawat diri, ahli keluarga & rakan taulan.
  • Kursus berdasarkan teori 20% , praktikal 80%. 
  • Kaedah yang mudah, sistematik dan berkesan,
  • Tenaga pengajar muslimah yang berpengalaman.
  • Khas bagi ibu-ibu tunggal yang mencari-cari pekerjaan. Anda berpeluang menjadi tukang urut berpendapat 4 angka!.
  • Belajar sehari bayar sekali tetapi buat pendapatan berkali-kali.
  • Bayaran RM180.00 untuk kursus sehari termasuk makan minum & buku modul lengkap urut tradisional
Untuk info lanjut hubungi Pak Uda : 013-4153637


Sunday 24 August 2014

KALIMAH SAKTI



Ia adalah kalimah Taiyibah, kalimah Tauhid, kalimah Suci, kalimah Taqwa. Ucapan yang teguh, kalimah Keyakinan.. Anak kunci langit dan bumi, kalimah Ikhlas, tali yang amat teguh.. Permohonan yang benar, nilai syurga, kalimah penyaksian.. Laa ilaha illallaah adalah kalimah SAKTI!

Saya menyeru diri saya dan tuan-tuan marilah kita perbanyakkan menyebut Laa ilaha illallaah  pada lidah, pada hati, pada 'sir', pada nafas yang keluar masuk, pada 'akal batin', pada 'rasa' dan kesedaran.. Anak isteri penting pada kita, harta benda dan rumah penting pada kita, tetapi Laa ilaha illallaah  jadikan ia perkara terpenting, terutama, termahal dalam hidup kita.